Tahniah! Rozita Che Wan Bakal Bergelar Penyanyi

Posted on 14 views

Trend of the year! Apabila usahawan tempatan kini mengambil langkah terbaru dengan menjadi penyanyi bagi mempromosikan produk dan perniagaan mereka. Sebelum ini, Dato Seri Vida, Dato Seri Aliff Syukri, Dato Boy Iman, Nur Sajat telah pun bergelar penyanyi. Kini giliran pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta pula bakal menjadi penyanyi.

Che Ta Dan Hazami Saling Mengagumi

Sebelum ini pernah tular video rakaman ibu kepada tiga cahaya mata ini bernyanyi, Nampaknya ianya bakal menjadi kenyataan kerana single pertama beliau bakal mendapat sentuhan penyanyi dan komposer terkenal, Hazami.

Menurut Che Ta, beliau tertarik dengan karya ciptaan Hazami, seperti Takdir yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah sehingga membuatkan beliau ingin mendapatkan khidmat komposer itu. Dalam perkembangan lain, Hazami juga mengagumi Che Ta yang mempunyai alunan suara yang baik.

Bakal Hasilkan Lagu Berentak Irama Malaysia

Che Ta ketika ditanya turut bersedia menerima sebarang kritikan untuk penambahbaikan dirinya. Malah mengenai genre lagu yang bakal dihasilkan, kedua – duanya turut bersetuju akan menghasilkan lagu irama Malaysia. Single pertama Che Ta akan mula dihasilkan setelah Hazami selesai menyiapkan lagu untuk Azharina dan Aishah.

Sumber : Berita Harian 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *