Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura Sah Atau Tidak?

Posted on 14 views

Selepas pernikahan mereka telah diumumkan secara rasmi semalam,ramai yang tidak percaya dengan dan masih terkejut dengan berita itu. Tidak cukup dengan itu, timbul pula pertikaian dari sesetengah pihak yang mengatakan mereka menerima layanan istimewa daripada JAWI kerana segala proses pernikahan berlaku dengan begitu pantas sekali

JAWI Sahkan Pernikahan Fattzura

Menerusi perkongsian dari Mstar Online, pernikahan Fattah dan Fazura adalah sah disisi undang-undang dan pihak JAWI turut menafikan tuduhan tersebut. Tambah pihak JAWI,kedua-dua selebriti ini telah melalui prosedur perkahwinan sama seperti orang lain dan dinikahkan oleh jurunikah dari pihak mereka.

Fattah Buat Permohonan Nikah Dalam Talian

Selain itu ,Fattah juga telah menghadiri kursus kahwin seperti orang lain dan turut membuat permohonan untuk bernikah dalam talian. Dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak JAWIsekaligus ianya menepis beberapa dakwaan negatif mengenai pernikahan mereka.

“Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut. Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian. Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain”

Sehingga kini masih tiada gambar rasmi ketika majlis akad nikah Fattah dan Fazura dan diharap peminat Fattzura semua bersabar dengan pengumuman rasmi dari Fattah dan Fazurakelak.

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *