Pakcik Mengalami Kerugian Setiap Minggu Menjual takoyaki

Posted on 16 views

Seorang lelaki di Jepun menjual makanan ringan tempatan Jepun, takoyaki atau dumpling sotong dengan harga yang tidak masuk akal. Walaupun dia mengalami kerugian kerana mendapat keuntungan yang kurang berbanding modal yang dikeluarkan, namun dia tidak peduli.

Akio Mizuno yang berumur 52 tahun bekerja sebagai pemilik kedai cenderamata di pinggir jalan dan makanan tempatan di Ritto, sebuah bandar di pusat Shiga Prefecture di Jepun. Sejak tahun lepas, dia telah mengambil cuti pada setiap hari Khamis.

Walaupun usianya sudah meningkat lanjut, Mizuno masih belum melakukan aktiviti yang gemar dilakukan oleh rakan sebayanya. Sebaliknya, dia memutuskan untuk mengubahsuai sebuah van menjadi kedai takoyaki bergerak yang dipandunya ke bandar kejiranan, Kusatsu, dan menjual makanan ringan bersaiz kecil bermula jam 3:30 sehingga 5 petang.

Pada mulanya, Mizuno mahu menggunakan model yang sama seperti organisasi di Jepun yang menjalankan “kodomo shokudo,” atau kafetaria kanak-kanak. Program ini adalah sebuah program makan tengah hari yang menawarkan makanan yang berpatutan kepada anak-anak dari rumah berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, kerana program ini pada dasarnya dirujuk kepada sebuah restoran, maka secara tidak langsung, untuk menjalankan kodomo shokudo pastinya memerlukan sejumlah ruang dan kakitangan yang tertentu. Disebabkan oleh kekangan ini, Mizuko memutuskan untuk meniaga takoyaki dengan menggunakan van yang diubah suai.

Tidak dapat dinafikan, pada mulanya ramai orang mencurigai Mizuno, lelaki botak di dalam van yang menjual makanan ringan dengan harga yang rendah yang tidak masuk akal. Tetapi akhirnya niat murni Pakcik Genggaman tersebar dan ramai yang mengatakan bahawa dia menjual takoyaki yang lazat, maka kini ramai orang yang sentiasa menunggu hari Khamis untuk beratur membeli takoyaki yang dijual olehnya.

Mizuno terkenal dengan nama Pakcik Genggaman kerana apabila tiba masanya untuk membayar, anak-anak tidak perlu menyerahkan wang terus kepada Mizuno. Sebaliknya, mereka diberitahu untuk menggenggam duit syiling dengan tangan yang tertutup dan memasukkannya ke dalam satu lubang yang terdapat pada kotak yang dikenali sebagai “Kotak Genggaman”. Kotak ini diletakkan bersebelahan tempat Mizuno memasak.

Sumber: Sora News 24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *