Bagai sekuntum bunga ros di atas salju!

Posted on 16 views

Alam menjanjikan pemandangan indah yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata dan ciptaan Tuhan benar-benar luar biasa.

Baru-baru ini seorang jurugambar Jepun, Mile@claspaoni telah merakam gambar seekor burung liar yang jarang dilihat dari jarak dekat. Burung merah jambu yang mempesonakan itu dilihat berada di atas tanah yang telah dilitupi salji.

Tanpa membuang masa, jurugambar itu merakam gambar burung tersebut dengan rasa teruja dan kemudian memuat naik gambar-gambar tersebut di Twitter miliknya. Ramai pengguna Twitter terpegun dan terpesona apabila melihat betapa cantiknya gambar-gambar tersebut.

Burung merah jambu ini seperti ‘sekuntum ros merah jambu di atas salji putih’.

Burung ini digelar Rosefinch dan merupakan ahli keluarga burung finch. Burung ini biasanya ditemui di kawasan Siberia Tengah dan kawasan sub-arktik. Apabila musim sejuk tiba, mereka akan berhijrah dan terbang ke Selatan.

Dilaporkan bahawa burung-burung ini ada kalanya terbang sehingga ke Jepun namun perkara itu sangat jarang berlaku.

70 ribu pengguna Twitter menyukai gambar-gambar burung merah jambu ini dan mereka berkongsi gambar tersebut dengan netizen lain.

Ramai pengguna Twitter yang memuji betapa cantiknya burung merah jambu tersebut. Ada netizen yang berpendapat: “Ia kelihatan seperti membawa kebahagiaan dan cinta.”

Tidak kurang juga netizen yang pertama kali melihat burung dari keluarga finch dan berkata: “Ini adalah kali pertama saya melihat burung ini. Ia kelihatan sangat cantik!”

Dengan berlatarbelakangkan salji putih, kehadiran burung merah jambu ini benar-benar terserlah dan membuatkan gambar-gambar itu kelihatan menakjubkan!

Pastikan anda meluangkan masa untuk berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi kerana anda mungkin tidak akan menyangka apa yang bakal anda temui kelak.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *